Quantcast
Channel: Blog Panjang - Enjoy The Flight !
Viewing all 45 articles
Browse latest View live

Sorry bro

$
0
0
Dikala waktu petang yang sibuk, ramai orang menggalas beg-beg pakaian yang ingin pulang ke kampung halaman mereka walaupun hanya sekejap. 3 hari sudah cukup untuk mengambil bau ketiak mak sebagai bekalan untuk terus belajar. Aku ?

" Sorry bro, tiket dah habis"

Celaka betul, pegi kaunter lain..

"Sorry lah bro, engko lambat sangat"

Aku pasrah, tunggu bas yang nak dilompat je..

"Sorry bro, seat dah penuh.. Lain kali beli tiket awal sikit. "

Paduk gile gua cakap sama lu....

Air Kencing

$
0
0

Dikala aku teringat kenangan lepas, nostalgia bertaut seperti kiambang, sering mekar pabila melintas kembali titian imbasan tersebut. Nostalgia sebegini dapat menghalang daripada terkurung sepi dalam kotak sendiri.
Sambutan hari jadi zaman dahulu dengan zaman sekarang sangat berbeza, macamlah dulu sangat kan? Dulu, kalau tak telur di dahi memang tak sah, sekarang, hanya air coke takpun todi dan juga kek yang tak sedap dipandang apatah lagi dirasa. Mungkin ini perkembangan sambutan yang aku alami dan mungkin korang berlainan. drastik bukan?

"Woi!! korang jangan la buat macam ni... birthday aku kot. " 

Di ikat di pokok, kerusi dan juga tiang lampu jalanan menjadi port prank untuk diikat bila tibanya hari jadi seseorang. Bila oligasi kawan-kawan yang kian taksub untuk mencelakakan kawannya tu, setengah bogel dibuatnya.

Air ludah, air maggi busuk, telur ole-ole kahwin,  nescafe berkulat, air sabun, deodorant, milo, teh cina, air basuh baju, termasuk lah kiwi kasut yang hitam tu. Digaul dan di simbahkan. Tepung dan juga telur grade C yang dijadikan dart untuk dibaling keatas test subject. Ini baru setan.

"Argh sial la korang, busuk lahh babi, korang letak ape sial?! "

Lari, lari dan terus berlari, terserempak pulak dengan si noob ni, "fuh selamat dia tak cam aku yang buat..." bisik hati aku.



"Eh Hafiz, engko dah kenapa ni ? "

"Aku cari diorang ni lahh yang celakakan aku tu, nampak tak?"

"Ade kat tingkat 3 tu, kau cari lahh.. Engko nak baling ape plak tu ?"

"Air kencing aku.. hehe"

Oh shit, gua terus tido.


Typical Die Hard Fan BPL

$
0
0
Tadi masa aku tengok bola Liverpool lawan Menyu. Terdapat babak2 yang geli hati dan juga koyak hati. Tapi ada satu babak tu masa Shelvy kena layang kad merah, aku berdekah sampai tak ingat dunia. Bukan sebab babak tu, tapi sebab gelagat typical malaysians.

"Woi ref, kau apahal? kena bola la wehh!!" 
"Ref xnampak bola, tula Shelvy botak sangat nih, kena pancaran matahari"
"Bodoh punye ref tua, bangku ke ape dia ni?"
"Ambik kau, sape suruh double tackle"
"Hok aloh nate ni, bengom goh"
"Ahhh, bagi aku main kan bagus".....dan macam2 jeritan lagi aku dengar.

bile semua dah lepas marah, tetibe ade sorang mamat ni jerit,

"Kayu bakau punya ref ni!" 
Why now? LOL!

Aku Kembali

$
0
0


Setelah berbulan aku meninggalkan blog ni, macam macam dah jadi. Rupanya nak menulis pun ada cara dia, bukan main hentam kromo je. Anak muda, darah muda, otak muda, badan muda, pemikiran muda, semua muda. Matang tak matang itu lain cerita, pandai tak pandai tu lain cerita, dungu tak dungu tu lain cerita, bijak tak bijak tu lain cerita, lain tak lain tu lain cerita.

Semuanya boleh dikatakan subjektif. Cuma yang bezanya, objektif diri sendiri dari segi kehidupan, perjalanan, hubungan, interaksi, komunikasi, dan juga penulisan.Terletak pada diri masing-masing untuk menilai seseorang tapi jangan lupa penilaian orang lain terhadap diri kita langsung tidak sama dengan penilaian di mata Allah. Perasaan cemburu, dengki, riak, takabur, kepandaian, kefurqanan dan juga kecoolan seseorang akan bercampur baur di dalam pemikiran individu seseorang sebelum menilai sesuatu masalah, orang lain dan juga situasi.

 ”What you think of yourself is much more important than what people think of you” – 9gag

Masa itu juga penting bagi mereka yang suka menulis, entah apa dia nak tulis pun tulis lah janji dia tulis itu dah boleh dikatakan dia penulis, kehkehkeh jangan lah stereotype sangat tentang maksud ‘penulis’ ni. Tak kira siapa anda, perdana menteri ke, canselor ke, pelajar ke, tukang kebun ke, makcik cleaner ke, masa yang diberikan untuk seseorang hanyalah 24 jam sehari. Bahagikan lah sebaik mungkin masa anda untuk menulis, belajar, bersosial, berinteraksi, bermain, bersandiwara dan jangan lupa juga masa anda untuk yang Satu.

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian….” – ALQ 103

Lagi jauh runway ni, jauh lagi perjalanan aku.

Assalamualaikum.

Wajah Baru Hasil Gubahan Grafikraf

$
0
0

Sidebar lain, logo lain, header lain, semua lain. Siap ada random post lagi. Dulu yang tak pernah aku nak ada label ni, sekarang aku dah kena ada masa sikit untuk aku luangkan dalam blog ni. Pages atas ni yang perlu aku kerjakan untuk blog ni tak siap lagi, insyallah bila dah siap, blog ni mungkin akan bermanfaat untuk yang lain. Takde lagi lah benda merepek dalam blog ni, bela ikan dalam blog la, kasi makan tikus la, kasi makan kura-kura la, ads berterabur, html link tersembul sana sini. Macam mana pun, blog ni masih santai dan cool untuk readers yang selalu singgah blog ni.

Tapi, aku takde lah nak aim blog ni sampai ke tahap yang lebih gangster macam blog lain. Sampai ke tahap worldwide readers friendly tu memang tak lah, setakat mana yang aku mampu je ni. Lagi pun blog ni dah jadi macam nasi kandaq, 'kuah sekali, banjir ye'. Aku pun ikut la kebanjiran nasi kandaq tu sampai sekarang, bila aku tengok entry-entry lama, aku gelak kaw kaw punya. 'Macam ni ke aku dulu?'

''Barang yang lepas jangan dikenang, barang yang sekarang jangan buat kau kenang balik barang yang lepas"- BlogPanjang


Sesiapa yang nak tukar layout blog dengan design yang dikehendaki boleh la lawat ke website Grafikraf sendiri.
Terima kasih atas gubahan yang dilakukan oleh Team Grafikraf.


Garuda Indonesia - Captain and First Officer Vacancy

Helicentre Aviation - Helicopter Scholarships 2012-2013

$
0
0


Becoming a professional helicopter pilot is something many have only thought possible in their dreams. It is a life-changing decision and requires significant financial commitment to go all the way through from zero to hero.

Flying helicopters for a living, both commercially and as a flight instructor is not only rewarding but the view from the office window is pretty spectacular! Helicentre Aviation has been.......... Read More

"Do the best, dream less" - BP

MAS Wings - Pilot, Crew, Engineer Vacancy

$
0
0


"You'll never know unless you try"

Dilog T&S - License Aircraft Maintenance Engineer Recruitment

$
0
0


Bagi mereka yang minat nak jadi engineer kapal terbang, boleh la apply di Dilog Training & Services (DTS)
Peluang sentiasa terbuka untuk anda yang minat nak jadikan LAME sebagai kerjaya anda. Terdapat 3 kos yang sedang ditawarkan di DTS :-
  1. License Aircraft Technician (A)
  2. LAME-Mechanical (B1.1)
  3. LAME-Avionics (B2)
Jangan risau, minimum pencapaian akademik hanyalah SPM dengan sekurang-kurangnya B atau C. Kalau anda rasa pencapaian SPM anda kurang memuaskan, teruskan ke Diploma dalam kos engineering dengan sekurang-kurangnya mencapai CGPA 3.0. 

Click to enlarge
Berminat? Terus lah apply di Dilog Application Form.




Bekerja Ketika Belajar - Relevan ke tak?

$
0
0

Isu ni dah selalu dipertengahkan oleh pihak-pihak yang masih tak paham lagi. Adakah relevan bekerja sewaktu belajar? Adakah mereka yang bekerja ketika belajar tak pandai? Adakah mereka yang belajar sepenuh masa, confirm dapat sijil dekan sepanjang semester? Adakah duit ptptipu tak cukup untuk perbelanjaan? Biasalah kalau kau tengok kawan kau ada kerja dekat mekdi, keepci, 7eleven, tapi kenapa?

Kenapa mereka bekerja?
  • Kawan-kawan
    • Yang ni selalu terjadi. Dah kawan pun kerja, dia pun nak kerja jugak. 
  • Masa depan
    • Nak tambahkan pengalaman la katanya. Biar penuh sikit resume tu.
  • Bosan
    • Jadual semester lenggang.
    • "aktiviti uni = tak dapat duit, kerja = dapat duit"
  • Sengkek
    • Mana taknya kalau tiap-tiap hari makan maggie je.
  • Ekonomi menaik
    • Dahla naik kenderaan sendiri, harga minyak naik, gula naik, air suam sampai 50sen, ape cer ni?
  • Diri sendiri
    • Ada yang dalam diri mereka ni memang dah sebati untuk jadi kuli kerja.
  • Biasiswa/Pinjaman tak cukup
    • Duit bagi 7000 setahun makan telur tiap-tiap hari pun sengkek jugak bro. 
  • Keluarga
    • Ada yang terpaksa bekerja supaya menanggung wang makan di kampus sebab duit pinjaman digunakan untuk menyara keluarga.
  • Cara hidup
    • Kaki gadget, blackberry, ipod, iphone, ipad, tabs, semua dia nak beli. Kenalah kerja untuk dapat menayangkan kekayaan mereka pada kawan-kawan yang lain.

Setiap pelajar ada masalah mereka sendiri. Mungkin ada banyak lagi sebab kenapa perlu bekerja, 9 sebab ni pun sudah cukup, cukup sudah. Janganlah kita melihat kenapa mereka yang bekerja sambil belajar kurang memuaskan dari segi pencapaian akademik. Tak semestinya mereka yang hanya tumpu pada pelajaran sepanjang pengajian mereka confirm dapat sijil dekan sepanjang semester?

Relevan ke tak bekerja sewaktu belajar itu terletak pada diri masing-masing. Kalau kau pandai menguruskan masa, duit dan pelajaran tu, dua-dua kau boleh kaut.

Stage 1 AirAsia

$
0
0

Banyak orang kata stage 1 ni lah yang paling susah kalau nak dibandingkan dengan stage lain. Padahal yang nak masuk exam tu just Math, Physics dengan English je. Terpaksalah aku kena godek balik buku-buku lama spm tu. Bersepah orang cakap, "standard spm je tu, ape ade hal?", belum cuba belum tahu ye dak? 

Yang sakitnya tu, tarikh interview tu dalam minggu aku final exam semester 1 ni. Dua-dua nak kena fokus tu yang susah. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku fail dalam test airasia ni, memang susah aku nak kaut duit beratus ribu nanti untuk aku ambik private license setahun lagi. Kalau aku fail airasia, kena usaha lebih untuk cari duit, ataupun fail exam university, kena repeat satu semester balik. Susah beb susah!

Memang susah bila nak difikirkan mana satu lagi penting, yelah sapa taknak kalau dapat degree dengan lesen skali? Susah betul bila sampai masa nak decide benda-benda macam ni, lebih-lebih lagi berkaitan dengan masa depan. Susah susah... Ehh brapa banyak susah daa?

Walau susah pun, jangan kita lupa pada qada' dan qadarNya. Walau macam mana hebat pun kita rancang, Allah yang tentukan. 

Sapa yang tak check lagi, sila lah check email anda.


"Hope less, Pray for the best"

AirAsia - Cadet Pilot Intake 2012

$
0
0
AirAsia has open their 'secret' cadet pilot intake! As we know, they only open their intake in April every year, but why now? Is this their fast track program? Or for ones who regularly check their website? Or for SPM-leavers only? Or are they introducing anti-spam systems to reduce double applications? Yeah, don't be shock! There are people in this world who like to spam the application forms hoping that if they apply 2 times for the intake, they can increase the chance of getting through to Stage 1.

For those who have applied before, you may try but you have 0.1% chance to passed because your name has been recorded in their database. Good luck!

Click here to apply.

[SESSION CLOSED]

Perlukah Seseorang ber-Degree dahulu sebelum menjadi Pilot?

$
0
0

Ia tidak benar sama sekali mereka yang berpendidikan tinggi sahaja akan dapat pekerjaan terbaik. Walaupun tidak perlunya ijazah muda (degree) sekalipun, kebanyakan syarikat penerbangan akan memilih anda yang mempunyai ijazah dari Universiti. Disebabkan pengaruh masyarakat dan juga pihak-pihak yang tidak berpuas hati, umumnya mereka yang menentukan keperluan ini dan statistik telah menunjukkan bahawa juruterbang yang diambil kerja bukan dari rata-rata kelayakan minimum, sesetengah mereka mempunyai ijazah muda dan juga PhD.

Secara rasionalnya - jika syarikat penerbangan mempunyai pilihan, mereka akan pilih siswa-siswazah kerana mereka telah membuktikan diri mereka bahawa mereka boleh berpegang kepada kurikulum yang mencabar dan berjaya sebagai seorang siswa universiti. Ini adalah salah satu ciri-ciri bahawa syarikat penerbangan ingin tahu sebelum mereka melabur wang untuk melatih anda sebelum anda menerbangkan besi terbang.

Walau bagaimanapun, jangan rasa lemah atau kecewa! Aku nak bagi tahu sedikit rahsia tentang profesion ni. Terbang bersama awan adalah satu profesion yang unik. Anda tidak perlu mempunyai ijazah untuk terbang dengan baik. Aku pernah kenal kawan aku drop kos dekat UM semata-semata untuk join Malaysian Airlines. Aku pun tahu lepasan diploma bersepah yang dah dapat pegang yoke A-330 dengan B-777. Nak menerbangkan pesawat pun memerlukan beberapa kemahiran semula jadi dan juga purata kapasiti mental.

Kadang-kadang mempunyai ijazah juga tak akan membantu anda dalam mendapatkan pekerjaan pertama anda. Syarikat yang mengambil juruterbang yang low-flying-hours umumnya tak kesah pun kalau ada diploma atau ijazah, sebaliknya, mereka mahu melihat bahawa anda mempunyai sikap yang baik dan boleh bekerja keras. Setelah mencangkul beberapa pengalaman kerja, berada di tempat yang betul pada masa yang tepat dan membuat hubungan yang baik dengan orang lain. Faktor-faktor macam ni senang untuk anda mendapat tempat di syarikat penerbangan tertentu.


Tinggikah peluang pekerjaan tanpa ijazah? Untuk diambil bekerja, anda perlu pengalaman terbang - sesuatu yang tidak mudah apabila anda memulakan kerjaya terbang. Aku anggap bahawa anda akan memperoleh latihan terbang anda dari sekolah penerbangan tempatan dan bukannya dari graduan Kolej Profesional / Universiti dimana graduan berakhir dengan ijazah dan sijil ATP (macam yang aku sedang ambik ni). Ya, latihan dari sekolah penerbangan akan mengambil masa yang lama, disebabkan rata-rata mereka yang suka melengahkan penerbangan sendiri.

"Alaaa, esok jelah aku fly, mengantuk ahhh"

Ingat! Semua sijil penerbangan akan dilayan sama rata di mata FAA. Jadi ada degree ke tak ada degree, itu semua terserah kepada syarikat yang merekrut anda.

Kalau sebelum-sebelum ni anda pernah terbayang untuk bekerja dengan Emirates, jangan harap! Boleh tu memang boleh.

Cuba Try Test...

Bawaku Terbang - Episod 2

$
0
0

"Macha, teh o panas, roti bakar, telur 2 satu!"
"Puii!! Rokok ape ni?"
Ludah Sham setelah menghisap rokok John putih si Botak punya, mungkin kerana rokok tersebut terlalu pahit. Maklumlah, Sham sudah jadi orang kaya, biasiswa sana sini, pinjaman sana sini, tak ada nya nak hisap rokok 4 puluh sen tu. Tanpa berlengah, Sham terus bangun pegi kaunter,

" Macha, rokok paling mahal ape? saya nak yang paling mahal"
" Ada-ada, ini winston baru."
" Eh ini winston bukan murah ka? \"
" Tak tak, ini rokok mahal 3 kupang, winston lama murah sikit dei."

Sabar. Kadang-kadang pekerja di premis seperti ini selalu buat lawak-sendiri-gelak angkara stress yang terkumpul ketika menceduk kuah dalca. Kedai mamak macam ni juga tak sah kalau tak ada orang yang jual tisu lembut, minta sedekah sekolah madrasah, jual surah Yassin, jual buku budak-budak, jual lampin bayi pun ada. Tapi dalam banyak-banyak orang yang nak cari makan tu, ada juga orang yang suka menipu untuk mencari makan. Halal kah?

"Kau, kau dan kau boleh blah! Gua tak nak tengok lagi" 

Belum sempat lagi ahli korporat tu duduk dah kena maki dengan Botak.  Macam tak biasa dengan orang macam ni, kalau bukan MLM tak sah. Selamat, Botak faham akan perangai Sham yang pantang melihat kaki tipu terang-terangan macam ni. Kalau dibiarkan ahli korporat itu duduk, riuh lah satu kedai mamak tu. Menipu itu satu silap mata. Botak, nama gelaran yang diberi setelah kalah dalam permainan i-dare-you-to diwaktu sekolah dahulu, perkarangan asrama, depan surau, mencabar rakkannya untuk menyimbah air stokin ke warden. Dibuatnya betul, segala rambut yang ada pada badan Botak dicukur dengan rakan sekelas. Di kampung, Botak dan Sham selalu pergi bermain layang-layang dan bertanding siapa paling jauh membaling kapal terbang kertas. Keakraban mereka tak sama seperti pensel dengan kertas, bantal dengan tilam, kereta dengan tayar, malah jauh lebih rapat. Kalau dikutuknya Sham, Botak yang naik angin, begitu sebaliknya. Setahun sekali sahaja mereka dapat berjumpa, disebabkan Botak sedang belajar mengenai nuclear weapons di Russia, Sham pulak penerbangan di Malaysia.

Sham bersiap memakai baju kemaja putih dan juga seluar slack hitam. Lalu menyarung kasut putih Fred Perry yang baru dibelinya semalam. Perjalanan dari rumahnya ke Gurney Drive taklah sejauh mana, cuma kesesakan tu yang menyebabkan perjalanan yang hanya 20minit menjadi 45 minit. Harini dia akan bekerja di Seoul Garden memandangkan disitu sahaja mereka menerima Sham oleh kerana kenalan Botak yang menjadi Crew Chief disitu. Yelah, 3 minggu cuti, siapa yang nak?

"Hello? Tempat ni untuk orang makan, bukan untuk lepak isap rokok" seorang gadis yang mana entah datang berbaju Polo Tee berwarna pink.
"Eh suka hati aku lah nak duduk mana, ape ingat kau beli ke tanah kecik ni semata-mata untuk halau aku?"
"Urghhh kau tunggu kejap" 
Sambil menunggu kawan Botak yang katanya tinggi orangnya, laki ke perempuan entah la, tak cakap pulak si Botak ni, "Ahh, awal lagi ni"   Kata Sham didalam hati sambil meniup asap kotor yang keluar dari mulutnya keatas langit. Wikitude, aplikasi yang sering dibukanya sewaktu berada di pasaraya besar sebegini, berdentum-dentum 'Friend Request' dapat di telefon blackberry bold 4 dia.
"Eh mamat sombong, nama kau Sham kan?" kata gadis yang sama tadi.
"Hai, tadi kau dah halau aku, sekarang kau datang balik pastu tahu plak nama aku."
"Kau kan nak kerja dekat Seoul Garden ni? Masuk dalam cepat!"
"Oh shit..." 
Gadis itu tinggi. Serious orangnya. Taklah secantik Niilofa. Tapi seantero Nura Danishes. Perangai dan juga reaksinya pabila geram membuatkan Sham dup dap dup dap jatuh dimamah keayuannya. Tak pernahnya Sham hendak berlembut dengan gadis lain melainkan kakaknya, oleh kerana kisah silam mantan pacarnya yang masih terbakar didada, walaupun sudah 2 tahun berlalu.


*****

Stereotype kah kita?

$
0
0
Sekadar hiasan

Lama tak post entry pasal benda lain, tak habis-habis dengan aviation world je ye dak. bosangg! Kalau kau minat barbie doll takkan kau nak minat transformers, kalau kau minat kereta takkan kau nak minat basikal, kalau kau minat perempuan, takkan kau nak minat lelaki, kalau kau minat PES 13', takkan kau nak minat FIFA 13', kalau kau minat hitam, takkan nak minat pinky muah muah tu, kalau kau minat tido, takkan kau minat nak bangun. eh?

Semua orang ada minat yang tersendiri, ada yang suka melepak, suka main game, suka gossip, suka post status gedik, suka tweetjack, suka flirt, suka tido pun ada. Aku pernah ada kawan yang suka melukis, aku rasa dia tak kenal aku dah, yelah zaman dah berlalu kan. Tapi bakat dia memang power beb, dari kecik lagi dah pandai lukis anjing kucing dengan matahari. Anda pernah? kahkahkah! Tapi minat dia kearah lukis muka orang. Portrait eh nama dia? Entahla aku bukan pelukis pun, bagi aku powerlah, Fatihah Chen.

Bukan aku nak cerita pasal awek ni, tapi setiap orang ada minat dia tersendiri, ada yang dah dicungkil, ada yang masih lagi tersimpan di lubuk hati nurani tu. Tapi, kadang-kadang kita kolot, kolot dengan minda kuning sendiri. Masih lagi berselindung disebalik tempurung kepala yang durjana itu. Bersyukurlah akan keunikan setiap manusia itu sendiri, lupakah kita bahawa tiada manusia yang diciptakan itu sama. Ya, mungkin terlupalah kita sampai sanggup mengutuk minat seseorang, sanggup memaksa seseorang untuk meminati apa yang kita minat, sanggup meninggalkan rakan lama demi berkawan dengan rakan yang sama minat, dengki yang amat terhadap orang lain, ahhhh shaiton!

Lama kelamaan, fenomena ini boleh menjadi kebiasaan dalam sesuatu masyarakat, mengutuk, mencaci, mencerca dan memandang serong sudah menjadi perkara biasa, macam makan keropok lekor dengan sos cili, biasa bukan? Daripada mulut, naik ke akal fikiran, minda, emosi, perilaku dan juga segala apa yang boleh dilakukan oleh seseorang. Jikalau seorang pelajar itu melakukan kesalahan jenayah di sekolah, adakah seluruh pelajar disekolah itu adalah jenayah?

We all use stereotypes, all the time, without knowing it. We have met the enemy of equality, and the enemy is us. - Paul,1998

Secara tidak langsung, anda sudah dipengaruhi oleh keadaan semasa, anda sudah di'stereotype'kan oleh perkara sebegini. Sama seperti seseorang yang datang lambat ke kelas, mereka akan dilabelkan sebagai pemalas, tak pandai urus diri, dan juga tak pandai jaga masa, walaupun hanya sekali lambat ke kelas. wtfbbq?! Kadang-kadang ada diantara kita yang cuba berdakwah, itupun ditolak, ditempis, disiku 16, tambah di'stereotype'kan pula sebagai ulama' Facebook. Persoalannya, siapakah kita yang nak menghakimkan diri orang lain?

Cuba kosongkan minda sebelum kau membuat keputusan, kan lebih elok macam tu.

Assalamualaikum.





Wordnotless Wenesday

$
0
0

Kalau tidak penuh ilmu didada, tidak aku sampai ke Terusan Suez
Inilah kata-kata dari film hantu kak limah balik rumah, atau kata-kata jati orang Indo sendiri. Kadang-kadang kita gelak orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Pengemis bagi nasihat, cehh! Mana pernah kau nak dengar daripada orang macam pengemis. Sterotype betul, biasa bukan? Masyarakat kita, tak kira apa bangsa pun, semuanya akan lihat pada penampilan dan juga pangkat seseorang dahulu, baru lah kata-kata dia. Kalau ada pangkat Dr, baru nak dengar lecture kat kuliah, kalau setakat En. apadahal? "alahh, budak hingusan bru lepas master tu nak ajar kitorang? assignment sehari sampai 3! demit.." waklu aku cakap sama kau, 3 assignment tu dah kira sikit lah tu, itu pun kau nak bising. Kau gi university nak study ke nak main-main?

Walau macam mana pun, tak kira tua ke muda, kita semua masih lagi menimba ilmu, masih lagi cetek. Yang dah tua-tua tu pun bangga sebab dia ingat dia pandai dalam semua bidang camne plak? itu noob namanya. Masih lagi daif dan kurang pandai dalam hal-hal duniawi. Jangan lah sombong nak kongsi ilmu. Lagipun ilmu tu pun kau dapat dari orang lain kan. Orang tu pun tak sombong nak kongsi ilmu dengan kau.

Listen! Orang hanya respect kalau kau ni berpangkat tinggi. eh? ya, itulah pemikiran masyarakat sekarang. Orang yang berPhD sahaja yang dapat bersuara mengenai ilmu pendidikan, orang yang ustaz sahaja boleh menyampaikan sepotong ayat, orang yang berijazah dalam memasak saja boleh memasak, orang yang ada lesen kereta saja boleh bawak kereta, eh dulu aku takde lesen kereta pun lenjan jugak keta kancil putih tu. Eh jangan mengarut lah, jangan sangkal jugak, memang kebanyakan daripada masyarakat kini kian memandang pada darjat dan juga taraf pendidikan seseorang sebelum memikirkan apa isi kandungan yang mereka sampaikan.

Tidakkah anda terfikir tentang urban legends Singapura Dilanggar Todak? Jangan disangkal anak muda seperti Hang Nadim dapat menyelesaikan masalah negara. Namun sepandai-pandai seseorang tu, mesti ada shaiton-shaiton yang tak puas hati, dengki dengan kepandaian orang lain. Jadahnya? Eh kamon la, bersyukur lah dengan kepandaian sendiri, jangan lah iri hati dengan orang lain, kalau nak pandai, mintak la tunjuk ajar, jangan lah mengkhinzir buta menghina dan mendengki orang lain.

Lama tak pegang laptop bhai.
Assalamualaikum.


Piper PA-28 (Pesawat Ringan) Terhempas! MFA do you train your pilots well?

$
0
0


Seorang lelaki cedera apabila pesawat ringan jenis Piper 28 terhempas di sebuah bukit berhampiran Kondominium Cheng Heights dekat sini kira-kira pukul 11.58 pagi ini.Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an merupakan pelatih Malaysia Flying Academy, Batu Berendam dekat sini kini mendapat rawatan di Hospital Melaka. 
Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini.
Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu. 
"Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi. 
Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri.
"Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari. 

Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran.
Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran.


Plate number 9M-SKZ..Persoalannya, macam mana boleh terhempas? Ada banyak persoalan bermain aku, nak kata minyak tak cukup? Airplane bukan macam kereta ok, sebelum terbang, mesti akan isi minyak full. Nak kata icing, tak jugak sebab sini dalam persekitaran khatulistiwa. Nak kata wrong navigation, tak jugak sebab hari tu cerah, lagipun bukannya instrument flying.

Terhuyung hayang? Nak kata pilot tu celaka saja nak buat slalom dengan awan, tak jugak beb. Come on lah, instructor kot, takkan lah nak chop noob dalam flying jugak? Ye, kadang-kadang ada pilot yang lama tak bawak and then diorang lepaskan keseronokan dalam flying. Seriously flying memang best, tapi aku rasa bukan angkara keseronokan ni. Takpun burung gagak cari makan atas awan, nampak Piper lalu sebelah, memang tak sempat la nak elak, boom propeller putus satu... hmm mungkinkah?

Ni mesti airplane faulty ape jadah ni....

Airplane fault ke pilot fault? kau rasa? kuikuikui

Doakan semoga instructor tu sembuh seperti sedia kala.. Assalamualaikum.

Celaka sangat ke riba ni?

$
0
0

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita hutang kepada seseorang mahupun bank. Lepas saja kita melangkah ke alam universiti, kita dah mula berhutang, contoh kepada ptptipu. Sudah pasti 5 tahun anda telah diambil oleh ptptipu hanya untuk membayar hutang. Tambahan, kita sering meminjam sana sini. Itu takpe, pinjam memang diharuskan kepada mereka yang memerlukan.
Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)
Jelas, pihak-pihak bank tidak mengamalkan apa yang harus diamalkan sebagai seorang manusia. Kadang-kadang 1%, 3%, 8%. Jumlah peratus tidak membezakan apa-apa pun, kalau dah nama riba, riba jugak. ye dak? Akhir-akhir sekali kita akan jadi hamba hutang ataupun debt slave. Hidup hanya penuh dengan hutang dan riba yang sangat tinggi. Habis tu, sampai bila nak lepas semua ni? Tapi bukan debt slave yang aku nak tulis sebenarnya.

"Kalau bank riba boleh, kita mana boleh"
"Bank punya bunga tu lain, kalau dah takde bunga macam mana diorang nak dapat untung?"
"Eh bank islam tu bukan riba, itu bank islam, of course lah bukan riba"

Eh come on lah! Riba tetap riba, tipu tetap tipu, bunuh tetap bunuh, terbang tetap terbang. eh? Tapi kalau nak dibahaskan tentang riba ni, sejak dari dulu lagi pasti ada orang yang akan bantah, sokong, bergaduh, takpun buat bodoh je tunggu satu negara yang betul-betul tulus dalam segala hukum seperti Rasulullah dahulu.
“Janganlah engkau membungakan kepada saudaramu, baik uang maupun bahan makanan, atau apapun yang dapat dibungakan."

Tudia, zaman sekarang ini bunga yang asalnya haram itu macam mana pun akan tetap berusaha untuk dihalalkan. Banyak cara bagi pihak mereka untuk menghalalkan riba ni :-

  1. Eufemisme; ubah nama riba menjadi lebih halus seperti "interest", "bunga" dan istilah-istilah seakan-akan halal digunakan bagi mempengaruhi masyarakat.
  2. Memasukkan faktor bunga ke dalam berbagai analisis ekonomi.
  3. Bunga dijadikan sebagai asas mengawal ekonomi. "To control the economy, control the interest rate"
  4. Interest ni dianggap sebagai jasa bank bagi pinjam kat engkau.
Secara mudahnya, mereka berusaha membuat bunga sebagai sesuatu yang wajar dan sama seperti jual-beli. Padahal bunga yang dari dulu haram yang tak boleh dihalalkan meskipun dengan berbagai cara maupun analisis. Macam kambing ahh, macam mana kau letak Loleal ke, goatsby ke, eyeliner ke, tetap dia kambing jugak bro, takdenye kau bersolek kambing tu tetiba jadi lee min ho.


Nak dikatakan riba itu sebagai upah untuk bank sebab memberi pinjaman? Ehh kalau dah upah, sebenarnya seikhlas hati kita nak bagi dia berapa, bukannya bank ataupun orang yang beri pinjam tu yang menetapkan bayaran interest tu. Lagipun, contoh dah namanya bank Islam ke, kalau dah bagi pinjaman, bayaran balik melampau-lampau tinggi, pinjam seribu, bayar 4 ribu. Ehh itu dah memudaratkan orang yang meminjam tu. Orang Islam memudaratkan orang Islam yang lain, alaa zaman sekarang ni orang tak mementingkan dosa mahupun pahala. "You got money, you got everything". F that!
“Dan sesuatu riba (kelebihan) yang kamu berikan agar ia menambah kelebihan pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah di sisi Allah...” Al-Rum: 39
Otak seposen aku malam-malam ni. Selamat malam!
Assalamualaikum.

Lahad Datu : Benarkah airspace ditutup?

$
0
0
Berita terkini : Semalam,pihak polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad DatuKejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis, lapor Bernama
perkembangan serangan pencerobohan lahad datu 2013 berita terkini pencerobohan lahad datu 2.3.2013

Untuk kes kes sebegini, airspace commercial aircraft tidak akan ditutup, contohnya penerbangan dari Indo ke Hong Kong, Indo ke Jepun, Penang ke Lahad Datu dan lain lain. Ini sebab altitude mereka sangat lah tinggi sampai mencecah 10,000 feet. Mungkin kapal terbang kecil, kapal terbang sukan ataupun kapal terbang ladang yang agak bahaya sebab altitude kapal terbang macam ni bukannya tinggi sangat, walaupun sampai 1k-2k feet ke peluru boleh kena jugak. Melainkan, pihak yang memasuki lahad datu itu sendiri menggunakan kapal terbang. Kalau mereka menggunakan kapal terbang, serta merta airspace disekeliling lahad datu akan ditutup bagi commercial aircraft. Tetapi tidak pada tentera udara, mereka berhak berlegar diudara disekeliling udara bagi memastikan keselamatan negara terjamin. Senang cerita, tudm boleh terbang mana sahaja bagi memastikan keselematan negara terjamin, ada yang tersalah maklumat mengenai 'flight suspend', sah-sah itu salah sebab airforce ada hak nak terbang mana saja diorang dicommandkan. -sumber kawan di TUDM-

Maybe dia melawak ke, ape ke, aku tak tahu lah kan, sebab airforce aku tak pandai sangat, aku cuma tanya dia saje. Tapi bagi yang mempunyai private plane sendiri, kalau berani boleh la makan angin sekitar lahad datu, boleh la rasa sedikit cebisan peluru ke, zon tengah panas kan. LOL 

AirAsia - Cadet Pilot Intake 2013

$
0
0
Source : I forgot -_-''
Its been 6 months or more since AirAsia has opened their admission. I know some of you guys after SPM or diploma holders are still searching scholarship for their pilot license since MAS didn't open the entry for the past 3 years, yeah seems ridiculous right? So i know you're hoping on AirAsia but patience is the key guys. It is simple for rich guys to pursue privately, but what about the less fortunate ones? Nothing in this world is impossible, you worked hard, you'll get what you want. If you really want to be a pilot, passionate about the planes, then worked hard and find a way to achieve your goal, of course you'll get those 3 small DCA books.

AirAsia said that this intake will open every 1 to 21 April, yet they didn't open it. I think they forgot to open? LOL. Here is the link, check out yourself [CLICK HERE]. Goodluck guys and girls!

Maybe you want to have degree first? If you want to go to another runway, you can go privately through flying school. [CLICK HERE] for more info.
Viewing all 45 articles
Browse latest View live